Sunday 24 June 2012

Kursus Asas PRS

Antara PRS perempuan SMK Perempuan yang hadir .


Wakil PRS lelaki SMK Perempuan yang hadir .


Menyanyikan lagu PRS ~


Lirik lagu PRS dihayati :)


Umi Zurina bersama Kak Farah menunjukkan posisi kaunselor 
dengan klien yang betul iaitu "L-shaped"

Ketika ujian kemahiran PRS 


Penghargaan diberikan oleh Puan Haslina kepada PRS terbaik 
ketika kursus asas daripada SMK Perempuan


PRS terbaik daripada SMK Kubang Bemban .

Kursus ini dijalankan pada 23/6/2012 yang dihadiri seramai 47 orang PRS SMK Kubang Bemban dan 19 orang PRS jemputan daripada SMK Perempuan . Tujuan kursus ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada para PRS sebagai Pembimbing Rakan Sebaya agar menjadi PRS dapat memainkan peranan dengan betul dan berkesan . 

Kursus ini dikendalikan oleh Umi Zurina iaitu kaunselor sekolah SMK Kubang Bemban dan dibantu oleh Kak Farah , Umi Asyibah dan juga Puan Haslina daripada SMK Perempuan . Kursus ini bermula jam 8.30 pagi dan berakhir pada 1.00 tengah hari . Dalam kursus ini , kami didedahkan pada pengenalan PRS , etika , dan beberapa kemahiran yang patut ada dalam diri seseorang PRS . Ketika kursus itu juga , kami bersama-sama menyanyikan lagu PRS dengan penuh semangat . Penghargaan kepada PRS terbaik diberikan kepada mereka yang memperoleh markah tertinggi ketika ujian .

No comments:

Post a Comment