Thursday 28 June 2012

Karnival Ko SMKKB

Perasmian Hari Karnival Ko 

Persembahan Taekwando
Pertandingan Kawad Kaki

Pertandingan Gubahan
Pasaria~

Pertandingan Egg Parachute

Gerai PRS

Pertandingan Jengga !

Karnival Ko ini dijalankan selama 2 hari :) Allahamdulillah , semua berjalan dengan lancar dan para pelajar sangat menikmati hari tersebut :D

Sunday 24 June 2012

Kursus Asas PRS

Antara PRS perempuan SMK Perempuan yang hadir .


Wakil PRS lelaki SMK Perempuan yang hadir .


Menyanyikan lagu PRS ~


Lirik lagu PRS dihayati :)


Umi Zurina bersama Kak Farah menunjukkan posisi kaunselor 
dengan klien yang betul iaitu "L-shaped"

Ketika ujian kemahiran PRS 


Penghargaan diberikan oleh Puan Haslina kepada PRS terbaik 
ketika kursus asas daripada SMK Perempuan


PRS terbaik daripada SMK Kubang Bemban .

Kursus ini dijalankan pada 23/6/2012 yang dihadiri seramai 47 orang PRS SMK Kubang Bemban dan 19 orang PRS jemputan daripada SMK Perempuan . Tujuan kursus ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada para PRS sebagai Pembimbing Rakan Sebaya agar menjadi PRS dapat memainkan peranan dengan betul dan berkesan . 

Kursus ini dikendalikan oleh Umi Zurina iaitu kaunselor sekolah SMK Kubang Bemban dan dibantu oleh Kak Farah , Umi Asyibah dan juga Puan Haslina daripada SMK Perempuan . Kursus ini bermula jam 8.30 pagi dan berakhir pada 1.00 tengah hari . Dalam kursus ini , kami didedahkan pada pengenalan PRS , etika , dan beberapa kemahiran yang patut ada dalam diri seseorang PRS . Ketika kursus itu juga , kami bersama-sama menyanyikan lagu PRS dengan penuh semangat . Penghargaan kepada PRS terbaik diberikan kepada mereka yang memperoleh markah tertinggi ketika ujian .

Friday 22 June 2012

Kebaikan Ketawa :D

Tahukah anda , bahawa kita semua sudah pandai ketawa sewal usia tiga bulan lagi ?
Itulah nikmat Allah yang Maha Berkuasa .

Fakta : Secara purata , orang dewasa akan ketawa sehingga 17 kali sehari :D

Antara kebaikan ketawa ialah .........

# Dapat memberi manfaat bagi otot kardiovaskular sama seperti kita bersenam atau berbasikal selama 10 minit - memandangkan kita dihimpit masa , oleh itu ketawalah bagi menggantikan aktiviti bersenam .

# Menjadikan diri lebih tenang kerana penghasilan hormon dikurangkan - kalau tertekan , ketawa je laa :)

# Membantu proses pemulihan dengan merendahkan tekanan darah dan melancarkan alirannya . 

# Mampu menghasilkan antibodi melawan penyakit - Jika anda sentiasa tidak sedap badan , ketawa boleh membantu anda .

# Membakar kalori yang menyegarkan - Langkah paling mudah untuk turunkan kalori badan !

# Mnghilangkan perasaan marah - ketawa lah dengan segera jika ingin marah . HAHAHA :D

# Mengelakkan serangan jantung .

# Melancarkan sistem pencernaan dengan menguatkan fungsi usus serta penyerapan nutrien daripada makanan.

# Mengekalkan kesihatan mental .

Kredit :
Skor Berita Harian 

Ketawalah secara bersederhana kerana setiap perkara itu sudah
pasti mempunyai kebaikan dan keburukannya tersendiri .

Sunday 3 June 2012

Gotong-royong Bilik Kaunseling Kali Kedua ;D



Ajk Keceriaan bertungkus lumus memotong huruf-huruf untuk ditampal.



sambungan aktiviti potong-memotong~~



kerja menggunting diteruskan lagi..

mengemas bilik kaunseling berkelompok


penolong pengerusi mengambil alih kerja mengemas


carta organisasi terbaru 2012
Gotong-royong kali ini hanya beberapa orang pelajar tingkatan 5 sahaja yang terlibat . Terima kasih kepada mereka yang hadir :)